JANUARI 2023

Premier Antara Ahli Rombongan PM Ke Brunei


KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg tiba di negara Brunei Darussalam kira-kira pada jam 12.00 tengahari tadi untuk mengiringi  Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi pertama beliau ke Brunei. 

Sejurus tiba di Bandar Seri Begawan Premier menghadiri pra - mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam yang telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri di sebuah hotel di ibu negara Brunei. 

Pra-mesyuarat tersebut telah memperhalusi perkara-perkara kerjasama dua hala yang akan dibawa untuk perbincangan ketika mengadap Tuanku Sultan Brunei esok. 

Turut serta mengiringi Premier Sarawak Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki serta beberapa kenamaan lain. 

Malam ini, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg  bersama Dato Sri Anwar akan menghadiri majlis jamuan makan malam bersama Diaspora Malaysia yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei.  

Manakala keesokan harinya, Premier bersama rombongan Malaysia akan mengadap Ke- bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,Sultan & Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertempat di Cheradi Ratna Kenchana, lstana Nurul lman dan dijangka menghadiri  Majlis Santapan Rasmi bertempat di Baitur Rahmah, lstana Nurul lman.

Sumber dari : Sarawakku